Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut, van terjunam ke dalam perigi di India

    NEW DELHI, 28 APRIL – Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam kemalangan tragis di negeri Madhya Pradesh, India kelmarin, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai polis.

    Kemalangan berlaku di kawasan Mandsaur, Madhya Pradesh, ketika para mangsa dalam perjalanan menuju ke sebuah kuil.

    Laporan media menyatakan van malang itu bertembung dengan sebuah motosikal sebelum pemandunya hilang kawalan, menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam perigi berhampiran.

    Penunggang motosikal dilaporkan maut di lokasi kejadian. Seorang lagi individu yang terjun ke dalam perigi untuk menyelamatkan mangsa turut disahkan meninggal dunia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda