Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 mayat ditemui dalam kejadian tanah runtuh

    YAOUNDE, 10 NOV – Para pekerja telah menemui 12 mayat susulan tanah runtuh yang melanda jalan raya di barat Cameroon, kata seorang pegawai wilayah kelmarin.

    Televisyen negeri CRTV telah melaporkan komen yang dibuat daripada gabenor wilayah Ouest, Augustine Awa Fonka.

    “Kami berpendapat tidak ada lagi harapan bagi mangsa untuk selamat,” katanya kepada stesen televisyen itu.

    “Hanya 12 mayat telah ditemui dari lokasi bencana, yang terakhir adalah kelmarin,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, “Berpuluh-puluh orang lagi masih hilang, dan pencarian mayat masih diteruskan.”

    Dua tanah runtuh melanda jalan tebing Dschang Selasa lalu – yang kedua ketika pekerja kecemasan menggunakan jentera berat untuk cuba membersihkan jalan.

    Nahas dalam kejadian termasuk tiga buah bas, lima kereta dan beberapa motosikal, kata Awa Fonka dalam satu kenyataan awal.

    Jalan raya Cameroon terkenal berbahaya, di mana hampir 3,000 kematian setiap tahun dalam kemalangan, atau lebih daripada 10 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, menurut angka terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang diterbitkan pada 2023. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda