Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 naik pangkat inspektor

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 12 orang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berpangkat rendah telah dinaikkan ke pangkat inspektor berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

    Sehubungan itu, majlis meraikan kenaikan pangkat dan penyampaian tanda pangkat telah diadakan di Dewan Bankuet Mes pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong baru-baru ini yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah isteri Pesuruhjaya Polis, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan PPDB serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan semasa meraikan kenaikan pangkat anggota PPDB pada majlis itu. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda