Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 paramedik, sukarelawan terbunuh dalam serangan Israel

    BEIRUT, 10 NOV – Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan kelmarin mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan.

    Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, pesawat tempur menyasarkan bandar Deir Qanoun Ras Al-Ain di daerah Tyre, menyebabkan enam anggota Pengakap Islam iaitu sukarelawan yang terlibat dalam operasi perubatan kecemasan dan pertahanan awam serta seorang paramedik daripada Persatuan Kesihatan Islam, terkorban.

    Serangan di Deir Qanoun Ras Al-Ain turut mengakibatkan seorang orang awam terbunuh dan 12 lagi cedera.

    Kementerian itu turut memaklumkan bahawa serangan udara di bandar Ain Baal di Tyre mencederakan tiga anggota Pengakap Islam. – Bernama

    Wartawan menilai kerosakan bangunan akibat serangan Israel yang menyasarkan pinggir bandar selatan Beirut 9 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda