Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pasukan berentap merebut kejuaraan BOB

    Oleh James kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Sebanyak 12 pasukan bola keranjang bersaing untuk merebut kejuaraan Brunei OFW Basketbolista (BOB) musim ke-10 yang berlangsung semalam di Gelanggang Bola Keranjang Batu Bersurat.

    Kejohanan tahunan itu diterajui oleh pengasasnya iaitu Chester Almario, Jefferson Garduque, Rommel Romero, Reynaldo Sta Teresa, Kristine Sanchez dan beberapa penganjur lain.

    Menurut BOB, matlamat kejohanan itu adalah bagi meneruskan komitmen dalam menyediakan inisiatif keseimbangan kerja dan kehidupan berasaskan sukan dalam kalangan rakan Pekerja Filipina Luar Negara (OFW) yang bekerja di Brunei Darussalam untuk memastikan dan memupuk kesihatan serta kesejahteraan.

    BOB amat percaya bahawa inisiatif kesejahteraan berasaskan sukan adalah penting dalam menyediakan peluang kepada semua warga OFW untuk mengurangkan tekanan serta mencabar diri mereka memperbaiki dan menjaga kesihatan fizikal dengan cara yang menyeronokkan dan bersatu padu.

    Ahli pasukan dan penganjur yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut semasa sesi bergambar ramai. – Gambar serahan Marlowe Acompanado
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda