Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pasukan sertai Piala Cabaran Aewon 2023

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 JULAI – Kejohanan Piala Cabaran Aewon 2023 yang dinanti-nantikan dijadualkan berlangsung pada petang esok (29 Julai) bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Seria, di mana 12 pasukan akan berentap antara satu sama lain dalam kejohanan itu.

    Presiden Persatuan Bola Keranjang Belait (BDBA), Koo Kong Loi, menyatakan bahawa perlawanan pertama akan berlangsung pada jam 6:30 petang di mana CBA akan bertemu dengan pasukan Gambino.

    Selain itu, pasukan-pasukan lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu ialah Indah Damai Restaurant, Urbanlife, Yun Hin, Phoenix, F19 Ballers, Lily Kopitiam, Kyoshinja x RBL, T Best Company & Services, SneakersPawn x BDBA dan Setia Edge – GSSI.

    Koo Kong Loi berharap agar penduduk setempat dan para peminat sukan bola keranjang akan hadir ke majlis pembukaan pada malam tersebut untuk memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding serta menyokong usaha pihak persatuan dalam memajukan lagi sukan bola keranjang di daerah itu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda