Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pegawai haji ke Arab Saudi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Rombongan seramai 12 ahli dari Pejabat Urusan Jemaah Haji (PUJH) Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Arab Saudi melalui penerbangan BI 097 pada pukul 6:45 petang tadi.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Rombongan terdiri daripada empat orang pegawai dari PUJH (Pentadbiran) dan lapan orang pegawai PUJH (Perubatan) yang dipimpin oleh Ketua PUJH (Pentadbiran), Haji Abdullah bin Haji Mohammad.

    Rombongan berangkat ke Arab Saudi bagi melakukan persiapan awal dengan pihak berkepentingan di Arab Saudi mengenai pengurusan hal ehwal haji sebelum kedatangan jemaah haji Negara Brunei Darussalam ke Tanah Suci.

    Turut hadir di LTAB ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin
    Haji Timbang; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Surita binti Haji Mohamad Taib.

    Penerbangan pertama jemaah haji negara bagi musim haji tahun 1444H/2023M dijadualkan pada 4 Jun ini, manakala penerbangan kedua dijadualkan pada 5 Jun.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan dari Pejabat Urusan Jemaah Haji (PUJH) Negara Brunei Darussalam yang berlepas ke Arab Saudi. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengucapkan selamat belayar kepada pegawai-pegawai PUJH yang berlepas ke Arab Saudi.
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi hadir di LTAB bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan dari PUJH.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi mengucapkan selamat belayar kepada pegawai-pegawai PUJH.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda