Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pegawai kadet dirai dalam majlis khatam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 12 orang pegawai kadet yang terdiri daripada 9 pegawai kadet lelaki dan 3 pegawai kadet wanita diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan hari ini sempena tamat latihan bagi Pegawai Kadet Penolong Penguasa Polis Skuad 1/2023 di Dewan Bankuet Mes, Ibu Pejabat Polis, Gadong.

    12 pegawai kadet yang diraikan dalam majlis tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama isteri Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh peserta khatam serta bacaan Takhtim dan doa Khatam oleh pegawai kadet. Seterusnya disusuli dengan Dikir Marhaban oleh kumpulan pendikir Pasukan Polis Diraja Brunei dan majlis merenjis minyak wangi yang didahului oleh tetamu kehormat, Dato Paduka dan Pengiran Datin serta pegawai-pegawai jemputan dan ahli-ahli keluarga pegawai kadet.

    Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan, selaku tetamu kehormat semasa memimpin majlis berkenaan.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruh-jaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Datin, pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan serta keluarga pegawai kadet yang diraikan.

    Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Pegawai Kadet Penolong Penguasa Polis Skuad 1/2023 ini akan diadakan esok, 29 Ogos 2024 bertempat di Padang Kawad Besar PLP.

    Gambar ramai pegawai kadet bersama Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan dan tetamu kehormat dalam majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda