MOSCOW, 15 SEPT – Mahkamah Mexico mendapati 12 pegawai polis di negeri Tamaulipas didapati bersalah atas kes pembunuhan 17 pendatang dan dua pengedar pada 2021, lapor Sputnik, memetik akhbar Mexico, Elefante Blanco kelmarin.
Tuduhan membunuh terhadap seorang daripada tertuduh digugurkan dan dia dihukum penjara antara dua hingga sembilan tahun kerana salah guna kuasa dan salah laku.
Pegawai lain yang didapati bersalah bakal berdepan hukuman penjara selama 50 hingga 70 tahun.
Pembunuhan berlaku di perbandaran Camargo berhampiran sempadan AS pada awal 2021.
Pihak berkuasa negeri itu menahan 12 pegawai manakala 12 lagi berjaya melarikan diri.
Motif pembunuhan masih tidak diketahui, lapor media tempatan, memetik sumber kerajaan negeri.
Selain hukuman penjara, tertuduh perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa. – Bernama


