Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    12 pelajar ikuti program RVHS-YSHHB 2024

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Rombongan seramai 12 orang pelajar dan guru Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah berlepas menyertai Program Pertukaran Pelajar RVHS-YSHHB 2024 yang diadakan di River Valley High School (RVHS), Singapura bermula hari ini hingga 29 Jun.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlayar dan memberikan kata-kata nasihat kepada rombongan ialah Pengetua dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SM YSHHB, Chong Li Chen.

    Rombongan terdiri daripada dua orang guru iaitu Dayang Nur Amirah Syahirah binti Awang Amir dan Dayang Noor Zinatul Azimah binti Haji Ibrahim serta 10 orang pelajar Tahun 9 dan 10 iaitu Awang Muhammad Abdul Mateen bin Haji Mohammad Rijal, Kasyful Warith bin Haji Hasanorasmihadi, Jazmi Dean bin Jokhizwan, Awang Muhammad Ryyan Wazien bin Haji Abdul Aziz, Dayang Mysha Zafreen Ruwaida binti Mohammad Zahreen, Dayang Ameerah Az-zahra binti Ibrahim, Dayang Barizah Farhanah binti Haji Badaruddin @ Haji Mohammad Badaruddin, Dayang Adlah Insyirah binti Asadel, Dayang Khadeeja binti Haji Shahfarudin dan Dayang Damia binti Haji Amirulhazri.

    Program pertukaran selama enam hari itu bermatlamat untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persamaan dan perbezaan antara Brunei dan Singapura dari segi penduduk, ekonomi, aspek kebudayaan serta program-program pendidikan yang ditawarkan.

    Ia juga menyediakan peluang rangkaian bagi guru-guru dan pelajar untuk kerjasama pada masa hadapan serta bagi berkongsi dan bertukar-tukar idea yang boleh memperkayakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Chong Li Chen bergambar ramai dengan rombongan pelajar dan guru SMYSHHB yang menyertai program tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...