Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 pendatang ditemui dalam trak sejuk

    BRUSSELS, 31 OKT – Seramai 11 lelaki Syria dan seorang rakyat Sudan ditemui masih hidup di dalam trak sejuk di Belgium yang mengangkut buah-buahan dan sayur, kata polis semalam.

    Penemuan itu berlaku ketika polis Britain menyiasat kematian 39 orang seminggu lalu dalam satu lagi trak sejuk yang diletakkan di timur London.

    Kargo manusia Belgium itu ditemui di jalan raya menghubungkan Antwerp ke Brussels kelmarin, kata jurucakap polis.

    Semua 12 lelaki berkenaan dalam keadaan baik, katanya. Pemandu trak berkenaan menghubungi polis selepas mengesyaki ada orang bersembunyi di dalam kenderaan itu, dan diarahkan berhenti di kawasan parkir di lebuh raya.

    Siasatan dilancarkan terutamanya untuk mengetahui bagaimana pendatang masuk ke dalam trak dan sama ada mereka mahu menuju ke Britain. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda