Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 qari, qariah sertai musabaqah peringkat akhir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sejumlah 12 qari dan qariah akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 22, 23 dan 24 April pukul 7.15 malam di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas.

    qari yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi ialah Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri, Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili, Haji Hazwan bin Haji Salim, Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abd Rajid dan Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya

    Manakala, qariah pula ialah Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat, Dayangku Alya Syahirah binti Pengiran Haji Jofri, Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri, Dayang Nur Rodaah binti Haji Asmat dan Dayangku Alma Hazirah binti Pengiran Haji Jofri.

    Tema musabaqah pada tahun ini ialah Akal Sihat Dengan Al-Quran yang dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Agama; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd.

    12 qari, qariah sertai musabaqah peringkat akhir. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda