Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 suspek pecah rumah berjaya ditumpaskan

    KOTA KINABALU, 25 MAC – Polis Sabah menumpaskan empat geng pecah rumah menyasarkan peti besi melibatkan kerugian berjumlah RM1.36 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata seramai 12 suspek ditahan dan sebanyak 14 kes pecah rumah menyasarkan peti besi dapat diselesaikan dengan tumpasnya kumpulan berkenaan.

    Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu menyasarkan rumah yang tidak didiami di kawasan elit.

    “Ada kumpulan ini kenal pasti rumah tidak didiami dengan jumlah surat khabar yang terbiar di kawasan kaki lima atau koridor rumah, ini cara mereka dapatkan petunjuk bahawa rumah itu tidak berpenghuni untuk jangka masa pendek.

    “Kita harap semua tidak meninggalkan tanda menunjukkan rumah tidak berpenghuni, hubungi pihak polis atau daftar dalam aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) untuk sebarang pergerakan supaya polis boleh pantau rumah berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

    Sementara itu, Jauteh berkata dalam tempoh yang sama jumlah kes jenayah di Sabah meningkat 23.34 peratus iaitu 782 kes berbanding 634 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

    Beliau berkata peningkatan itu disebabkan pendekatan yang diambil bagi memastikan kertas siasatan dibuka untuk semua laporan polis yang mempunyai unsur jenayah walaupun laporan polis berkenaan tidak memerlukan siasatan seperti jumlah kerugian terlalu kecil. – Bernama

    auteh semasa sidang media sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kepayan pada 25 Mac. Beliau berkata seramai 12 suspek ditahan dan sebanyak 14 kes pecah rumah menyasarkan peti besi dapat diselesaikan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda