Sunday, June 30, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    12 usahawan wanita terima dana zakat mulakan perniagaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seramai 12 orang peserta wanita Program BIBD SEED kohort ke-5 telah dianugerahkan dana zakat berjumlah $48,000 keseluruhannya untuk memulakan perniagaan mereka berdasarkan rancangan perniagaan yang dikemukakan.

    Majlis Penyampaian Anugerah Dana Zakat Perniagaan berkenaan telah berlangsung di Ibu Pejabat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) di ibu ne-gara, hari ini, dan penyerahannya disempurnakannya oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, program bertujuan untuk menggalakkan peserta melibatkan diri dalam sektor keusahawanan, sebagai suatu bidang kerjaya yang utama dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi.

    Di samping itu untuk membangun dan membentuk peserta ke arah Growth Mindset, yang berdaya tahan dan berdaya saing serta sentiasa mencari peluang memperbaiki diri dan usaha perniagaan, selaras dengan perubahan semasa dan persekitaran perniagaan yang dinamik.

    Beliau turut mengongsikan, sejak mula diperkenalkan pada 2018, seramai 55 orang peserta telahpun mengikuti Program BIBD SEED.

    “Peserta kohort kelima ini telah pun menerima suntikan modal untuk membolehkan mereka memulakan dan meneruskan aktiviti perniagaan, secara berperingkat,” jelas beliau.

    Beliau turut berharap, para pengusaha untuk terus giat mengembangkan perniagaan masing-masing dan menyumbang ke arah mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampai-kan dana zakat kepada salah seorang penerima. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama melihat lebih dekat lagi produk yang dihasilkan oleh peserta program. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...