Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 bertanding dalam peringkat akhir Spelling Bee kebangsaan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seramai 120 orang peserta terpilih beraksi dalam kategori masing-masing pada Peringkat Akhir Pertandingan Spelling Bee Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2024 yang berlangsung di Pusat Tingkatan Enam
    Sengkurong (PTES), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Haji Metusin bin Haji Jais.

    Pertandingan yang diadakan oleh Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Kategori Lelaki Sekolah Rendah (SR), Kategori Perempuan SR, Kategori Lelaki Sekolah Menengah (SM) dan Kategori Perempuan SM.

    Seramai 797 orang peserta telah menyertai pertandingan berkenaan di peringkat kluster dengan 120 orang terpilih untuk bertanding di peringkat akhir.

    Johan pertandingan bagi Lelaki Tahun 1 ialah Awang Muhammad Azka Maleek bin Muhammad Jasni dari SR Kuala Belait, Perempuan Tahun 1 ialah Dayang Nurfairuz Hawani binti Azman dari SR Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin, Lelaki Tahun 2 ialah Awang Muhammad Idzhar Shamsudeen bin Ali Hassan dari SR Jerudong, Perempuan Tahun 2 ialah Dayangku Siti Aida Kamila binti Pengiran Mohd Dinie, Lelaki Tahun 3 ialah
    Awangku Harith Khairi Muqri @ Awangku Ramadhan bin Pengiran Marsal dari SR Pengkalan Batu, dan Perempuan Tahun 3 ialah Dayang Naomi Olivia binti Ezra dari SR Selangan.

    Bagi Lelaki Tahun 4 ialah Awang Muhammad Syafiq Muaz bin Mohd Syadee dari SR Lumapas, Perempuan Tahun 4 ialah Dayangku Syifa Hanani binti Pengiran Syah Haddy dari SR Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar, Lelaki Tahun 5 ialah Awang Muhammad Adam Danish bin Muhammad Harithah dari SR Sultan Hassan, Bangar, Perempuan Tahun 5 ialah Dayang Nur Zahiyah binti Mazleeajizul dari SR Bukit Panggal, Lelaki Tahun 6 ialah Mumtaz Az-Zhafran bin Abdul Khalid dari SR Tumpuan Telisai dan Perempuan Tahun 6 ialah Dayang Mya Sara Asyiqin binti Muamar dari SR Junjongan,

    Manakala itu, bagi Lelaki Tahun 7 ialah Awang Mohammad Izz Hareez Zukhair bin Mohammad Eddie Norislam dari SM Sultan Muhammad Jamalul Alam, Perempuan Tahun 7 ialah Dayang Nurzafeeqa Humaira binti Mohd Zamalee Asnee dari SM Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Lelaki Tahun 8 ialah Dimmitri Faizal Perida Hugo dari SM Muda Hashim, Perempuan Tahun 8 ialah Dayang Aimi Shahirah

    Batrisyia binti Muhammad Nur Afiq @ Afifah dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), Lelaki Tahun 9 ialah Awang Harith Haiqal bin Reni dari SM Sultan Sharif Ali, Perempuan Tahun 9 ialah Dayang Raniya Azeera binti Mordeny dari STPRI, Lelaki Tahun 10 ialah Abdul Qawiem Hashim bin Abdullah dari SM Masin serta Perempuan Tahun 10 ialah Tiffany Lim dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

    Haji Metusin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertandingan berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Salah seorang peserta yang bertanding dalam Peringkat Akhir Pertandingan Spelling Bee Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2024. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda