Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 kanak-kanak terkandas

    CARACAS, 17 Dis – Sekumpulan kanak-kanak sekurang-kurangnya seramai 120 di Venezuela yang dijangka berangkat ke Peru untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka telah ditahan di Caracas selepas pegawai mengatakan mereka memberikan dokumen perjalanan palsu.

    Ketua pendakwa raya Venezuela Tarek William Saab mengatakan semalam, kanak-kanak tersebut pulang ke pangkuan keluarga mereka selepas insiden di ibu negara Venezuela, Jumaat.

    Pemimpin di Kesatuan Venezuela di Peru, yang turut membantu mengatur perjalanan kanak-kanak tersebut ke Lima berkata, kumpulan itu telah memenuhi ke semua keperluan undang-undang selepas kanak-kanak tersebut menjadi mangsa dalam pergolakan politik yang sedang berlangsung.

    Oscar Perez mengatakan kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lima untuk bertemu dengan ibu bapa mereka yang tinggal dan bekerja di Peru.

    Kebanyakan ibu bapa kanak-kanak tersebut menunggu dengan cemas selama beberapa jam di lapangan terbang Lima dengan mengharapkan ketibaan anak-anak mereka. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda