Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 kilo kokain hanyut di pantai Australia

    SYDNEY, 27 DIS – Polis Australia berkata hari ini mereka menjelajah pantai selepas menemui bungkusan misteri dipercayai mengandungi lebih 120 kilogram kokain yang telah dihanyutkan semasa Hari Natal.

    Kumpulan pertama terdiri daripada 39 bungkusan seberat satu kilogram yang diselaputi teritip disyaki mengandungi kokain telah ditemui pada Jumaat lalu berhampiran Pantai Magenta, utara Sydney, kata polis.

    Sejak itu, 85 bungkusan lagi dengan saiz yang sama telah dikesan sepanjang kira-kira 80 kilometer dari pantai New South Wales, kata polis negeri.

    Polis menggesa orang ramai melaporkan sebarang bungkusan yang mencurigakan, kata Ketua Detektif, Superintendan Jason Weinstein dalam satu kenyataan.

    “Detektif dan polis pakar kini sedang menggeledah pantai dan pesisir untuk mengenal pasti sebarang pakej yang mungkin tertinggal dan bekerja di belakang tabir untuk memastikan kami menemui orang yang bertanggungjawab dan menghadapnya ke muka pengadilan,” kata Weinstein, yang merupakan Pengarah Pemerintah Jenayah Negeri. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda