Monday, April 14, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Usaha terus dilaksanakan untuk menyahut seruan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam menerusi penyertaan dalam kempen menderma darah.

    Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk menyahut seruan berkenaan dan membantu Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menambah bekalan stok darah, kempen derma darah diadakan di D’Sunlit Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Beribi, kelmarin.

    Kempen yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang itu, mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berjaya mengumpul sebanyak 120 pain darah.

    Kempen itu dihasratkan untuk menggalakkan budaya menderma darah dalam kalangan orang ramai termasuk pihak swasta serta untuk membantu usaha pusat berkenaan mendapatkan bekalan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.  

    Antara pegawai dan kakitangan D’Sunlit yang menyertai kempen derma darah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda