Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 pengunjung parti ditangkap di hutan utara Iran

    TEHRAN, 19 JUN – Polis telah menangkap 120 orang kerana melanggar peraturan tatasusila di sebuah parti dalam hutan di utara wilayah Mazandaran, lapor media kerajaan hari ini.

    “Anggota parti haram itu….telah ditangkap oleh polis bahagian tatasusila dan kes perundangan telah difailkan,” kata ketua badan kehakiman wilayah, Mohammad Sadegh Akbari, memetik penyiaran kerajaan IRIB.

    Akbari berkata ‘tindakan jenayah’ dilancarkan di sebuah hutan dekat bandar Neka termasuk ‘meminum minuman keras,

    menjalin hubungan haram, menari berlainan jantina dan tidak memakai hijab’.

    Warga Iran yang mencari ketenangan lari daripada kesibukan kehidupan bandar, sering memilih bahagian utara negara itu sebagai destinasi meluangkan masa lapang mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda