Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 peserta sertai Bengkel Fardu Kifayah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 120 orang peserta terdiri daripada 60 lelaki dan 60 perempuan dari kumpulan belia, Syababurroja dan ahli kumpulan Muslimah serta orang ramai telah menyertai Bengkel Fardu Kifayah yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiulap.

    Antara tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk menjelaskan kepada para peserta mengenai tatacara menyempurnakan jenazah termasuk cara-cara memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

    Ia juga merupakan salah satu aktiviti masjid berkenaan dalam menyumbang ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat dengan tujuan bagi membolehkan para belia, Muslimah masjid dan orang ramai meningkatkan dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardu Kifayah.

    Dalam bengkel tersebut, para peserta telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dayang Nurul-Ain Diyana binti Haji Abdul Majid dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang bertajuk ‘Enlightment of the Soul’.

    Dayang Nurul-Ain Diyana ketika menyampaikan ceramahnya.
    Dayang Nurul-Ain Diyana ketika menyampaikan ceramahnya.

    Antara peserta yang menghadiri kursus tersebut.
    Antara peserta yang menghadiri kursus tersebut.

    Bengkel berkenaan telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada sesi pagi para peserta diajar mengenai cara-cara memandikan dan mengapankan jenazah, manakala sesi petang, para peserta belajar cara menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah.

    Manakala cara-cara pengurusan jenazah telah disampaikan oleh dua orang moderator iaitu Haji Suhaili bin Mohammad Nor dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Hajah Rosmawati binti Haji Ismail dari Unit Tanah Perkuburan Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda