Friday, July 5, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    120 sertai Halaqah Bimbingan Da’ie

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seramai 120 orang menyertai Halaqah Bimbingan Da’ie Kali Ke-68 yang dikendalikan oleh Pusat Dakwah Islamiah melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah) yang diadakan di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah, Kampung Pulaie, hari ini.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis,  Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Antara objektif halaqah ini diadakan adalah untuk menyelaras isi kandungan ceramah agar isu atau tajuk yang disampaikan oleh para penceramah adalah konsisten dan sentiasa relevan dengan peredaran masa dan zaman.

    Di samping itu, untuk menyalurkan ilmu pengetahuan, berkongsi isu dan bertukar-tukar fikiran berkaitan dengan tajuk ceramah yang disampaikan.

    Antara peserta yang menghadiri halaqah tersebut.

    Majlis Halaqah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan Doa Allah Peliharakan Sultan.

    Fasilitator yang dijemput bagi halaqah tersebut, Dr. Kamaru Salam bin Yusof, Penolong Profesor, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA.

    Majlis turut diisi dengan sesi perbincangan dan soal jawab yang dibukakan kepada para peserta dan jemputan.

    Peserta wanita yang tekun mendengar pembentangan yang disampaikan.

    Peserta terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Da’ie-Da’ie daripada jabatan kerajaan, swasta dan Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei serta para pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah.

    Dr Kamaru Salam Yusof ketika menyampaikan pembentangan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...