Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    120 sertai pertandingan pancingan pantai

    BELAIT, 7 OKT – Seramai 120 peserta dari seluruh negara menyertai Pertandingan Surf Cast Volume 3 yang berlangsung di tepi pantai berhampiran Taman Rekreasi Jubli Perak, Kuala Belait, kelmarin.

    Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Pandan B sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad. Pengerusi pertandingan, Awang Muhammad Rawiyani bin Morney, selaku Ketua Kampung Pandan B, meluahkan rasa gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh komuniti pancingan pantai.

    “Alhamdulillah, sambutan bagi pertandingan ini amat memberangsangkan dengan 120 peserta berdaftar, bersaing untuk merebut tangkapan terbesar serta yang terpantas dalam menangkap ikan,” ujarnya.

    Sepanjang acara itu, para peserta berjaya melakukan tangkapan berterusan yang direkodkan oleh pihak jawatankuasa pertandingan.

    Acara kemuncak pertandingan ialah penyampaian hadiah kepada pemenang, di mana Donius Lamaris memenangi kategori tangkapan terbesar dengan tangkapan pari seberat 10.78 kilogram.

    Yang Berhormat Awang Mohammad menyerahkan hadiah kepada Donius Lamaris. – GAMBAR SERAHAN HUNAIDIN SHARUDDIN
    GAMBAR SERAHAN HUNAIDIN SHARUDDIN
    GAMBAR SERAHAN HUNAIDIN SHARUDDIN
    GAMBAR SERAHAN HUNAIDIN SHARUDDIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda