Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,200 banduan diberikan parol tangani kesesakan penjara

    KINSHASA, 28 JULAI – Seramai 1,284 banduan di Penjara Pusat Makala di Republik Demokratik Congo (DRC) akan diberikan pembebasan bersyarat untuk menangani kesesakan di penjara, kata Menteri Negara bagi Kehakiman DRC, Constant Mutamba pada Sabtu, lapor Xinhua.

    Mutamba berkata, banduan itu akan dibebaskan dalam kumpulan kira-kira 400 orang seminggu, dan beliau telah meluluskan pembebasan seramai 421 banduan pertama pada Sabtu dari penjara terbesar DRC, di sini.

    Sebuah suruhanjaya mengurangkan kesesakan telah ditubuhkan untuk meneliti kes-kes banduan yang layak untuk parol. 

    Menurut Mutamba, banduan yang ditahan atas kesalahan penyelewengan dana awam tidak layak.

    Sebanyak 421 banduan pertama yang dibebaskan telah menjalani sekurang-kurangnya tiga perempat daripada hukuman mereka dan dianggap berkelakuan baik semasa dipenjarakan.

    Dibina untuk menampung 1,500 banduan pada 1957, Penjara Pusat Makala kini menempatkan kira-kira 15,000 banduan dalam sel, menurut media tempatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda