Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    1,200 hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) yang terdiri daripada Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), baru-baru ini, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni yang menghimpunkan lebih 1,200 orang secara keseluruhannya.

    Sesi pagi majlis berkenaan telah menyaksikan kehadiran para pelanggan, rakan kongsi kerajaan dan swasta yang sekali gus sebagai satu penghargaan pihak kumpulan syarikat kepada semua pihak yang telah memberi sokongan selama ini.

    Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed; dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Haji Hassan bin Haji Harris yang antaranya mengalu-alukan kehadiran para tetamu.

    Sementara itu, majlis pada sesi petang adalah bagi seluruh pegawai dan kakitangan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB yang dimeriahkan dengan aktiviti menarik yang secara tidak langsung meningkatkan semangat kerja berpasukan dan juga mengeratkan silaturahim semasa rakan sekerja.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut hadir pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Perbadanan TAIB
    Ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, ahli-ahli jawatankuasa Penasihat Syariah dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB bergambar ramai pada majlis tersebut.
    Pengarah Urusan, Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah bersama sebahagian jemputan yang hadir semasa berlangsungnya majlis tersebut.
    Gambar ramai semua pegawai dan kakitangan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...