Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,200 kanak-kanak Australia digesa jalani ujian penyakit berjangkit

    SYDNEY, 1 JULAI – Doktor menggesa 1,200 kanak-kanak Australia menjalani ujian untuk penyakit berjangkit hari ini selepas polis mendakwa seorang bekas pekerja taska atas puluhan jenayah seks.

    Polis Victoria berkata seorang lelaki berusia 26 tahun telah didakwa atas lebih 70 jenayah berpunca daripada serangan seksual terhadap lapan kanak-kanak berusia antara lima bulan dan dua tahun.

    “Seperti yang saya boleh bayangkan ini amat mendukacitakan untuk didengar oleh keluarga,” beritahu ketua polis, Janet Stevenson kepada pemberita.

    Lelaki itu bekerja di 20 buah sekolah taska di seluruh bandar Melbourne antara 2017 dan 2025, kata Stevenson.

    Ketua pegawai kesihatan negeri, Christian McGrath berkata 1,200 kanak-kanak yang mungkin pernah berhubung dengan tertuduh perlu diuji untuk kemungkinan penyakit berjangkit.

    Pihak berkuasa tidak menyatakan penyakit apa yang mungkin terdedah kepada kanak-kanak itu tetapi berkata mereka boleh dirawat dengan antibiotik.

    “Kami faham ia adalah satu lagi eleman yang menyusahkan berkenaan situasi ini,” kata seorang doktor penyakit berjangkit, McGrath kepada pemberita. Perdana Menteri Victoria, Jacinta Allan berkata dia meluat dengan jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda