YANGON, 31 Julai – Hampir 120,000 orang hilang tempat tinggal selepas banjir menenggelamkan sebahagian besar kawasan di tenggara Myanmar, mengorbankan 11 orang dan menyebabkan penduduk yang ketakutan lari menyelamatkan diri bersama anak-anak mereka. Seorang pegawai memberitahu AFP hari ini, lebih 118,000 orang berlindung di 285 kem setakat ini ketika angka maut meningkat kepada 11 orang