Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    121 orang pegawai terima PKL

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Seramai 121 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya termasuk daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menerima Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 bagi tahun 2022.

    Majlis penyampaian pingat berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; pemangku setiausaha-setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Majlis tersebut adalah sebagai penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama antara penerima pingat bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh James Kon

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda