Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    123 perempuan diselamatkan daripada eksploitasi seksual

    LIMA, 9 FEB – Polis Peru telah menyelamatkan 123 wanita dan kanak-kanak perempuan yang sedang dieksploitasi secara seksual oleh satu kumpulan Venezuela yang berkuasa, menurut pengumuman pihak berkuasa kelmarin.

    Ratusan pegawai polis terlibat dalam serbuan pada malam Jumaat di ibu kota Peru, Lima, yang mana 23 anggota geng yang disyaki ditangkap.

    Polis berkata 123 orang, termasuk tiga kanak-kanak bawah umur, telah diselamatkan, sementara seorang sumber dalam pasukan polis memberitahu AFP bahawa mereka semua adalah wanita dan kanak-kanak perempuan.

    Mereka yang ditangkap adalah sebahagian daripada Los Hijos de Dios, satu pecahan daripada geng terbesar Venezuela, Tren de Aragua, yang telah beroperasi di Peru sejak 2021.

    Pada Januari 2024, polis Peru telah menyelamatkan 40 wanita muda yang dieksploitasi secara seksual di media sosial oleh organisasi jenayah yang sama.

    Geng Tren de Aragua ditubuhkan pada tahun 2014 di negeri Aragua, Venezuela, tetapi kini telah hadir di beberapa negara Amerika Selatan, termasuk Colombia, Peru dan Chile.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkempen pada tahun lalu dengan janji untuk melakukan pemindahan besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin yang dituduh terlibat dalam jenayah ganas dan sering dibandingkan dengan ‘haiwan’ dan ‘raksasa’.

    Dia memberi tumpuan khusus kepada Tren de Aragua dan pada hari pertama beliau memegang jawatan pada 20 Januari, mengisytiharkan darurat negara untuk menangani kegiatan geng tersebut di AS.

    Pada Rabu, Washington mengatakan 10 ahli Tren de Aragua telah dihantar pulang ke kem penjara Guantanamo Bay yang terkenal, yang dikendalikan oleh AS di Cuba. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda