Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    123 sahut cabaran Lad Tabalu

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 29 JUN – Seramai 123 orang menyahut cabaran mendaki bukit di Lad Tabalu Mungkom, Kiudang dalam acara 4 Hours Endurance Challenge Lad Tabalu 2021, baru-baru ini.

    Cabaran yang julung kalinya dianjurkan oleh Amaze Event Mangement (AEM) itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan terbuka, kategori lelaki dan perempuan veteran serta kategori remaja berumur 17 tahun ke bawah.

    Hadir selaku tetamu kehormat acara yang sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Ketua Kampung Kiudang / Mungkom dan Padnunok, Haji Saifulbahri bin Haji Umarali.

    Bagi kategori lelaki terbuka, juara disandang oleh Awang Mohd Rafiudin diikuti oleh Awang Mohd Hidayat di tempat kedua dan Awang Mohd Abd Azmi di tempat ketiga.

    Kategori perempuan terbuka pula dijuarai oleh Dayang Tatiana Abdullah manakala itu, Dayang Ainul selaku naib juara dan Leha Kooh di tempat ketiga.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam cabaran yang julung kali diadakan di Lad Tabalu Mungkom, Kiudang, baru-baru ini – Gambar serahan AEM

    Bagi kategori lelaki veteran pula, tempat pertama disandang oleh Awang Marney diikuti oleh Awang Ramlan di tempat kedua dan Awang Wahid di tempat ketiga.

    Manakala itu, Dayang Husna menjuarai kategori perempuan terbuka dan tempat kedua menjadi milik Dayang Siti Fatima dengan Mie Gilin menduduki tempat ketiga.

    Dalam pada itu, hadiah turut diberikan kepada peserta termuda lelaki dan perempuan iaitu Awang Mohd Syafiq Fauzan dan Dayang Nur Hazirah.

    Acara yang bermula seawal 7 pagi itu turut dijayakan oleh ahli Majlis Perundingan Kampung Kiudang, Kamai Team, Seragam Hitam Team, Beruang Malash Team dan Official Time Keeper Brunei Ultra Marathon Series (BUMS).

    Selain itu, piala tajaan bagi para pemenang pula ditaja oleh pengurusan Bangunan Perusahaan Arah Samasa (AMAS), Lamunin.

    Acara berkenaan bukan hanya bermatlamat untuk mencetus persaingan antara peserta bahkan dihasratkan dapat menyemai semangat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari seperti menerusi larian bukit seumpamanya ketika mengisi masa lapang bersama ahli keluarga dan sahabat-handai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda