Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Seramai 126 orang graduan Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) diraikan dalam Majlis Penyampaian Ijazah Tamat Pengajian MIC 2022 yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong, kelmarin. Majlis tersebut adalah bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pelbagai jurusan program teknologi maklumat (IT) dan perniagaan