Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    126 juta euro untuk Felix

    LISBON, 27 JUN – Kelab Sepanyol Atletico Madrid mengemukakan tawaran 126 juta euro bagi mendapatkan khidmat Joao Felix (gambar kanan), Benfica mengumumkan semalam.

    Jika perjanjian itu berjaya dimuktamadkan dalam masa terdekat, ia akan menjadikan penyerang berusia 19 tahun itu pembelian kelima termahal dunia selepas Neymar, Kylian Mbappe, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.

    “Atletico Madrid sudah mengemukakan cadangan untuk memperoleh hak ke atas pemain Joao Felix Sequeira dengan nilai 126 juta euro yang ketika ini sedang dianalisa,” menurut kenyataan kelab.

    Felix ketika ini turut dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk juara Inggeris, Manchester City, Manchester United dan juara Itali Juventus.

    Pembelian Felix amat dialu-alukan Atletico yang dijangka akan kehilangan penyerang berbisa Antoine Griezmann musim panas ini selepas pemain Perancis itu mendedahkan dia ingin mencari cabaran baharu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda