Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    128 hilang tempat tinggal kebakaran di Telipok

    KOTA KINABALU, 7 OKT – Seramai 128 orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 16 rumah di Skim Penempatan Telipok, Jalan Tuaran, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari ini.

    Penolong Pengarah Baha-gian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Tuaran bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.19 tengah hari.

    Beliau berkata kebakaran melibatkan dua deretan rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada jentera bomba. Katanya kebakaran tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda