Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    128 sertai Pertandingan EBC

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Gerrard Pengiran Frederick dari Limbang, Sarawak diumumkan sebagai pemenang kategori Grand Champion (GC) keseluruhan Pertandingan Enthusiast Betta Community (EBC) yang diadakan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Manakala pemenang bagi kategori Optional Grand Champion (OGC) ialah Awang Surdi Erwandi bin Mansor dari Negara Brunei Darussalam.

    Pertandingan anjuran EBC dengan kerjasama Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Disember hingga kelmarin itu disertai oleh 128 peserta dari Negara Brunei Darussalam dan negara jiran.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohammad Rosfadzilah bin Haji Yusly.

    Antara lain tujuan pertan-dingan itu adalah untuk mengumpul peminat-peminat ikan perliharaan, selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai teknik pemeliharaan serta mengetahui lebih mendalam tentang aspek persekitaran yang bersih.

    Dalam pada itu, para pemenang pertandingan turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil penyertaan dengan juri pertandingan terdiri dari Negara Brunei Darussalam dan Limbang, Sarawak.

    Haji Mohammad Rosfadzilah dan para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    Antara ikan yang dipertandingkan semasa acara tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda