Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    12,800kg bahan kimia terkawal dirampas

    YANGON, 28 JULAI – Polis Myanmar telah merampas 12,800kg bahan kimia terkawal ammonium nitrat di negeri Shan di timur Myanmar, menurut Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) hari ini.

    Bertindak atas maklumat, polis anti-narkotik negara itu menggeledah sebuah kenderaan roda 12 di perbandaran Tachileik di negeri Shan pada Khamis dan merampas bahan kimia itu.

    Dadah yang dirampas mempunyai nilai jalan 256 juta kyat (kira-kira AS$120,000), kata CCDAC.

    Tiga suspek yang terlibat dalam kes itu telah didakwa mengikut undang-undang berkaitan dan siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda