Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Seramai 13 orang anak yatim yang tinggal di Kampung Sungai Besar, Mukim Kota Batu, telah menerima bantuan bagi meringankan persiapan mereka menjelang sesi persekolahan 2023.

    Bantuan berupa kupon barangan persekolahan itu disampaikan oleh Penasihat Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Osman selaku tetamu kehormat pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Perasmian Masjid Kampung Sungai Besar ke-39 tahun, kelmarin.

    Beberapa orang penderma turut menghulurkan bantuan berbentuk kewangan di majlis berkenaan.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Lt Kol (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit.

    Majlis anjuran AJK Takmir Masjid Kampung Sunga Besar itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai dan seterusnya membaca Doa Kesyukuran.

    Masjid berkenaan yang mencapai usia ke-39 tahun telah berjaya memainkan fungsinya sebagai rumah ibadah khususnya bagi menunaikan kewajiban solat-solat berjemaah dan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Pembentukan jawatankuasa takmir juga telah membantu perjalanan dan perkembangan dalam mentakmir dan mengimarahkan masjid berkenaan menerusi pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan di samping kemasyarakatan.

    Haji Mohidin menyampaikan kupon barangan persekolahan kepada salah seorang penerima pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
    Para penderma juga menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda