SEOUL, 3 OGOS – Seramai 13 orang cedera dalam kejadian amuk di bandar Seongnam di Seoul, Korea Selatan hari ini, lapor Xinhua memetik agensi berita Yonhap.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia awal 20an yang memakai hoodie hitam, topi dan cermin mata hitam, mengacukan senjata ke arah pengunjung sebuah gedung serba neka di Seongnam pada kira-kira 6 petang waktu tempatan (0900 GMT), menyebabkan sembilan orang cedera ditikam.
Sebelum menikam mangsa, suspek dipercayai memandu kereta ke kaki lima di gedung membeli-belah itu dan merempuh serta mencederakan empat pejalan kaki, dua daripadanya dilaporkan kritikal.
Polis menahan suspek berhampiran tempat kejadian pada kira-kira 6.05 petang waktu tempatan (0905 GMT) dan motif kejadian sedang disiasat. – Bernama