Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 cedera kebakaran pangsapuri di China

    WUHAN, 31 Mei – Seramai 13 orang cedera apabila sebuah bangunan pangsapuri terbakar awal hari ini di tengah Wilayah Hubei China, menurut kerajaan tempatan.

    Kebakaran berlaku pada kira-kira 02:00 di dalam sebuah bangunan tiga tingkat di Daerah Jiangxia wilayah bandar Wuhan, kerajaan daerah itu berkata dalam satu kenyataan.

    Kebakaran bermula di kotak meter elektrik di tingkat bawah dan dipadamkan selepas 40 minit.

    Semua penduduk bangun untuk melarikan diri, walau bagaimanapun seramai 12 orang melecur dan seorang mengalami cedera ringan selepas terjun dari ambang tingkap, kata dokumen itu.

    Penduduk yang cedera dirawat di hospital di Wuhan dan berada dalam keadaan yang stabil. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda