Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 Cedera letupan bom di Colombia

    CARACAS, 31 OGOS – Satu letupan bom berlaku pada Isnin di sebuah pondok polis di Cucuta, Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera.

    Menurut polis letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang ditinggalkan “penjenayah” dekat dengan pondok berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Venezuela, lapor Agensi Anadolu.

    “Penjenayah itu meninggalkan bom tersebut di bawah satu daripada kerusi yang terdapat di tepi jalan dekat dengan pondok polis berkenaan,” kata komander Polis Metropolitan Cucuta, Jeneral Oscar Moreno.

    Moreno berkata, kejadian berlaku ketika pertukaran petugas sedang dibuat. Beberapa kumpulan penjenayah bergerak aktif di Cucuta kerana bandar ini dekat dengan sempadan antara Colombia dan Venezuela, sebuah kawasan yang sejak sekian lama digunakan untuk pengedaran dadah dan kegiatan haram lain. 

    Pada Jun, letupan bom kereta di pangkalan tentera di Cucuta mencederakan 44 orang, termasuk tentera AS yang berada di sana untuk melatih askar Colombia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda