BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Biro Kawalan Narkotik (BKN) berjaya menahan 13 warga tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan merampas dadah jenis syabu berjumlah lebih 19kg yang dianggarkan bernilai lebih $3,700,000 dalam operasi serbuan serentak ke atas tiga buah rumah berasingan di Jalan Junjongan, Kampung Limau Manis, 10 September lalu. –