ULAN BATOR, 29 MEI – Seramai 13 kanak-kanak dilaporkan cedera selepas gelongsor angin diterbangkan angin kencang dalam satu kejadian di barat Mongolia, lapor Xinhua memetik Agensi Polis Negara, hari ini.
Insiden itu berlaku di Ulgii soum, di wilayah Bayan-Ulgii pada Sabtu, menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Dua daripada kanak-kanak yang cedera masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan.- Bernama