Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 mangsa bot karam dikebumikan

    PAKISTAN, 7 FEB – Seorang warga Pakistan yang lemas bersama 12 rakan senegaranya apabila sebuah bot yang membawa berpuluh-puluh pendatang tengelam di barat laut Afrika telah dikebumikan di kampung halamannya, kelmarin.

    Setiap tahun, beribu-ribu rakyat Pakistan membayar sejumlah besar wang kepada penyeludup untuk memulakan perjalanan berisiko dan haram ke Eropah, di mana mereka berharap untuk mencari kerja dan menghantar wang untuk menyara keluarga di rumah.

    Warga Pakistan sering menjadi antara mangsa kepadatan bot yang karam di Laut Mediterranean memisahkan Afrika Utara dari Eropah laluan pendatang paling maut di dunia.

    Kementerian Luar Islamabad minggu ini berkata 13 rakyatnya adalah antara mangsa korban ditemui dari sebuah bot yang tenggelam di Atlantik.

    Kira-kira 80 penumpang berada di atas kapal itu, yang bertolak dari Mauritania dan belayar ke utara menuju Kepulauan Canary Sepanyol sebelum ia karam berhampiran pelabuhan Sahara Barat Dakhla, kata kementerian itu pada 16 Januari.

    Penduduk Kampung Mirza Virkan di wilayah timur Punjab mengebumikan Arslan Khan, kelmarin – seorang daripada empat mayat yang dihantar pulang sehari sebelumnya.

    “Kami menghantar Arslan untuk membina masa depan yang lebih baik, dan penyeludup manusia memberi jaminan kepada kami bahawa dia akan menghantarnya secara sah,” kata abangnya Adnan Khan yang berusia 34 tahun kepada AFP.

    “Kami menjual harta dan haiwan ternakan kami demi masa depan Arslan yang cerah, tetapi penyeludup itu mengkhianati kami – dia menghantar balik mayat abang kami,” tambahnya. – AFP

    Ramazan Khan (tengah), bapa kepada Arslan Khan semasa menghadiri upacara pengebumian di kampung Mirza Virkan, di wilayah timur Punjab, pada 6 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda