Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 mangsa terima sumbangan Yayasan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah $97,800.00 kepada 13 mangsa kebakaran, rumah roboh dan bantuan membaik pulih dalam majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian kesemua sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada para penerima ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Pada majlis berkenaan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah $26, 800.00 kepada lapan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan rumah robih di beberapa buah kampung di seluruh negara.

    Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan bagi Musibah Kebakaran kepada salah seorang mangsa. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda