Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 maut, 178 cedera akibat letupan di depot bahan api

    KIGALI, 19 DIS – Sekurang-kurangnya 13 orang disahkan maut manakala 178 lagi cedera dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah depot bahan api di Conakry, Guinea, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

    “Kira-kira 178 orang telah dirawat dengan pelbagai kecederaan termasuk 10 di kemudahan swasta. Daripada jumlah itu, 50 peratus mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar,” Menteri Kesihatan Oumar Diouhe Bah berkata dalam sidang media.

    Insiden itu berlaku kira-kira tengah malam semalam di daerah Kaloum, kata jurucakap kerajaan Ousmane Gaoual Diallo kepada pemberita.

    “Kebakaran disusuli letupan besar merosakkan beberapa infrastruktur berhampiran. Banyak bangunan musnah,” katanya.

    Punca letupan di depot yang membekalkan sebahagian besar bahan api di Guinea masih belum dapat dipastikan.

    Dalam satu kenyataan, presiden sementara Kol. Mamadi Doumbouya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Guinea, sambil berharap mangsa yang cedera segera sembuh.

    “Sementara menunggu hasil siasatan, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada rakyat Guinea untuk bersolidariti dan berdoa untuk negara dalam masa sukar ini,” katanya.

    Kerajaan telah mengambil langkah kecemasan termasuk memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan, katanya. – Bernama

    Letupan dan kebakaran api besar di depoh bahan api utama Guinea di ibu kota Conakry telah menyebabkan beberapa orang mati atau cedera. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda