Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 maut bas terjunam dalam sungai di tengah Kemboja

    PHNOM PENH, 20 NOV – Seramai 13 orang maut dan 24 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di wilayah Kampong Thom, tengah Kemboja pada awal pagi tadi, menurut seorang pegawai polis tempatan.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Santuk, Siv Sovanna berkata kemalangan maut itu berlaku di sebatang jalan di daerah berkenaan kira-kira 3 pagi.

    “Seramai 13 orang, termasuk lapan wanita disahkan maut manakala 24 yang lain cedera,” katanya. “Pemanduan dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan.”

    Beliau berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian, sambil menambah bahawa semua mangsa adalah rakyat Kemboja. – Bernama

    Gambar Bernama News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda