TUXTLA GUTIERREZ, 29 SEPT – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 21 cedera semalam ketika sebuah bas hilang kawalan dan melanggar batu di selatan Mexico, kata pihak berkuasa.
Kemalangan berlaku sebelum subuh di jalan raya di negeri Chiapas, berhampiran sempadan Guatemala.
“Bas penumpang terbabas dari jalan dan bertembung dengan dinding batu, membunuh 13 orang,” kata pejabat pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan. – AFP