Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 maut dalam kemalangan di Peru

    LIMA, 6 MAC – Kira-kira 13 orang meninggal dunia dalam kemalangan antara bas dan motosikal teksi di Peru kelmarin, kata pendakwa raya awam.

    Kematian terjadi akibat kebakaran yang berlaku selepas kemalangan depan kawasan Ancash, kira-kira 370 kilometer di utara Lima, kata pendakwa raya awam, Edwin Ramos kepada stesen radio RPP.

    Polis di daerah Casma mengatakan mayat-mayat itu rentung dan sukar dikenali pasti serta pakar perubatan akan menggunakan cap jari untuk mengenal pasti mayat mangsa.

    Pemandu motosikal teksi juga terkorban dalam nahas tersebut, manakala polis menahan pemandu bas.

    Enam cedera dan dihantar ke hospital daerah Casma. Kira-kira 50 orang berada di dalam bas yang dalam perjalanan dari Piura di utara ke Lima.

    Kecelakaan jalan raya lumrah di Peru dalam mana kelajuan, keadaan jalan teruk, kurangnya tanda-tanda jalan dan kawalan pihak berkuasa adalah faktor-faktor penyebab kemalangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda