LONDON, 2 Jan – Para pegawai berkata 13 ekor monyet telah mati dalam kebakaran di taman safari di England.
Kebakaran berlaku awal pagi tadi di rumah monyet di Taman Safari Woburn, terletak 50 batu (80km) utara London.
Seorang jurucakap berkata kakitangan dan anggota bomba berkejar ke tempat kejadian namun 13 monyet berkenaan tidak dapat diselamatkan.
Petunjuk awal mengatakan haiwan-haiwan lain tidak mengalami kecederaan. Taman safari menempatkan pelbagai jenis haiwan termasuk gajah, singa dan zebra.
Para pegawai berkata punca kebakaran masih lagi disiasat. – AP