Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – National Insurance Co Bhd (NICB) dengan kerjasama La Vida Berhad mengadakan acara sumbangan bantuan makanan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, kepada murid-murid di Sekolah Rendah Benutan, Tutong, baru-baru ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB.
Menurut kenyataan itu lagi, Pengurus Besar NICB, Klaus Tomalla, menyampaikan sumbangan makanan daripada NICB yang terdiri daripada makanan keperluan harian kepada seramai 13 orang murid Sekolah Rendah Benutan, Tutong.
Selain itu, mereka juga menerima pakaian dan kasut yang disumbangkan oleh La Vida Berhad. Acara amal itu juga merupakan salah satu usaha untuk menaburkan bakti kembali kepada masyarakat.
