Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 orang anak ‘ayah tunggal’ dibawa pulang

    BANGKOK, 20 Feb – Seorang lelaki kaya warga Jepun hari ini diberikan hak-hak ‘ayah tunggal’ kepada 13 orang kanak-kanak yang mana dia adalah ayah sebenar kepada mereka menerusi ibu-ibu tumpang warga Thailand, dalam perintah mahkamah yang membuka jalan baginya untuk membawa mereka ke Jepun.

    Mitsutoki Shigeta, 28 tahun, menjadi tumpuan skandal ‘kilang anak’ dalam tahun 2014 selepas polis Thailand mengaitkan menerusi DNA kepada sembilan anak damit yang ditemui dibawah jagaan pengasuh kanak-kanak 24 jam di sebuah pangsapuri mewah di Bangkok.

    Kanak-kanak itu dianggarkan berusia antara dua minggu dan dua tahun pada ketika itu dan sejak itu dibawah jagaan kerajaan Thailand, manakala empat orang lagi kanak-kanak kemudian juga dianggap anaknya.

    Penemuan luar biasa itu telah mendedahkan industri sewa janin yang tidak terkawal pada masa itu di negara beraja berkenaan, yang mengakibatkan pihak berkuasa pada tahun 2015 menegah warga-warga asing daripada membayar ibu-ibu tumpang warga Thailand.

    Shigeta, yang dilaporkan anak lelaki kepada taikun IT Jepun, telah meninggalkan negara beraja itu ekoran skandal dan tidak pernah secara langsung menerangkan mengapa dia menjadi ayah kepada ramai kanak-kanak itu.

    Kong Suriyamontol (tengah), peguam Thai untuk warga negara Jepun, Mitsutoki Shigeta, berucap kepada akhbar selepas kliennya diberikan hak penjagaan anak-anaknya, di mahkamah Juvenil di Bangkok pada 20 Februari 2018. – AFP

    Tetapi dia kemudian mengheret Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Thailand ke mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak itu.

    Hari ini, mahkamah Bangkok telah memberikannya hak sah untuk mengambil kanak-kanak itu, dengan mengatakan dia memiliki banyak wang untuk menjaga mereka dan telah menyediakan jururawat-jururawat dan pengasuh di kediaman selamat di Jepun.

    “Demi kebahagiaan dan peluang yang akan dinikmati oleh 13 orang kanak-kanak daripada ayah kandung mereka – yang tidak mempunyai sejarah berkelakuan buruk – mahkamah memerintahkan mereka adalah anak-anak sah pihak penuntut,” Mahkamah Pusat Juvenil berkata dalam satu kenyataan yang tidak menyebutkan Shigeta dengan namanya kerana alasan privasi.

    Shigeta, yang tidak menghadiri per bicaraan itu, dianggap ‘ayah tunggal’ kepada kanak-kanak itu selepas ibu-ibu tunggal warga Thailand menyerahkan hak-hak mereka, tambah mahkamah lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda