Isnin, Julai 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 pasukan bertanding mini dart sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Sebanyak 13 pasukan telah menyertai Pertandingan Mini Dart  kelmarin sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 79 dan juga sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2025.

    Pertandingan tersebut diadakan di sebuah rumah di Jalan Tanjung Kudus dan dihadiri oleh Ketua Kampung Kawasan 2, Haji Mohd Eddie Hardey Bin Haji Ibrahim selaku pengerusi Majlis Perundangan Kampung (MPK) Kawasan 2, RPN Panchor, Mentiri dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu diungkayahkan oleh MPK Kawasan 2 itu dihasrat dapat mempromosi sukan dart di kalangan masyarakat dan penduduk kampung, serta memupuk semangat kesukanan, dan mengeratkan lagi silaturahim antara peserta di kalangan penduduk di sekitarnya.

    Semua di atas: Antara pemenang-pemenang dalam pertandingan berkenaan 

    Gambar ramai para peserta dan tetamu kehormat. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN  MPK KAWASAN 2, RPN PANCHOR MENTIRI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda